Perak Hari Ini

Tentera Sedia Hadapi Banjir

IPOH: Tentera Darat Malaysia (TDM) mengumumkan telah bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman banjir berikutan musim tengkujuh bakal tiba.

Panglima TDM, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim berkata arahan telah dikeluarkan kepada briged seluruh negara untuk membuat persiapan dari segi bantuan berbentuk makanan, penempatan awal sementara dan sebagainya.

“Konsep kita adalah ‘yang terawal’ bertindak di mana jika berlakunya kejadian tidak diingini akibat daripada banjir, kita akan berikan bantuan secepat mungkin.

 

“Kita sentiasa bekerjasama dengan semua agensi keselamatan dan penyelamat namun, jika keadaan memerlukan untuk kita bertindak bersendirian, maka kita akan berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Ujian Kemahiran Seksyen Tempur Tentera Darat (UKST TD) 2017 di Lapang Sasar, Kem Syed Putra dekat sini, pada Khamis.

 

Seramai 140 peserta yang mewakili keseluruhan 14 Briged dalam TDM seluruh negara telah terlibat dalam program yang berlangsung mulai 23 hingga hari ini.

Ujian yang diadakan di Sungai Siput Utara ini merupakan aktiviti lasak yang menggabungkan elemen kecergasan fizikal dan mental (Endurance Race )serta teknik, taktik dan prosedur (Day Patrol/Night Movement and Problem Solving )di samping kemahiran menembak.

UKST TD pada kali ini juga menampilkan kelaian dari segi formatnya, seperti dilihamkan Zulkiple sendiri.

 

“Ujian tahunan berformat baru yang telah memasuki tahun kedua penganjuran ini kita lakukan secara pertandingan selain pemilihan setiap seksyen melalui bridget itu dilakukan secara rawak,” ujarnya.

Johan bagi UKST TD tahun ini telah dimenangi Markas 10 Briged Para dari Kem Terendak, Melaka.

Mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM200 setiap seorang dan beberapa hadiah penghargaan termasuk lencana dan sijil penyertaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");