Sukan Hari Ini

Tidak Sangka Boleh Menang Empat Gol – Durakovic

IPOH: Stadium Perak kembali meriah apabila The Bos Gaurus menghampakan Pahang 4-0 dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di sini malam tadi, sekaligus layak ke peringkat separuh akhir dengan agregat 5-3.

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, juga jelas gembira ketika anak buahnya mempamerkan kebangkitan menakjubkan walaupun turun dengan defisit 1-3 setelah tewas dalam pusingan pertama di Kuantan, lapor portal Stadium Astro.

“Mereka (pemain) cemerlang. Tidak terlintas mampu menyumbat empat gol bertemu pasukan kuat seperti Pahang.

“Tahniah dan hormat saya kepada mereka. Ya, itulah bola sepak.  Jika kita bermain dengan penuh semangat, dedikasi dan kemahuan yang tinggi, keputusan positif boleh dicapai,” kata Durakovic.

Semalam, tidak dinafikan jaringan seawal minit ketiga oleh Gilmar Jose da Silva menjadi pencetus kebangkitan Perak.

Gilmar sekali lagi menemui jaring setelah menanduk kemas sepakan percuma Nazrin Nawi sebelum Kenny Pallraj menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-77.

Malam gemilang Perak ditutup Nazrin apabila turut memahat nama sebagai penjaring gol keempat Perak dalam masa kecederaan.

Perak akan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam separuh akhir pertama di Ipoh pada 14 Oktober ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");