Jenayah

Tiga Pelajar Lemas Ketika Mandi Air Terjun Di Hutan Rekreasi

JELI: Tiga pelajar Politeknik Jeli lemas ketika mandi di Air Terjun Hutan Rekreasi Latar Janggut, di sini, pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Sharil Mohd Saaid, kesemua mangsa telah ditemukan sekitar jam 11 pagi tadi memetik laporan Astro Awani.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Muhd Farid Rozi, 19 tahun, dari Kota Baharu; Putra Izzat Iskandar, 19, dari Rambai, Melaka; dan Muhammad Ikram Faiz Mohd Faizal, 19, dari Besut, Terengganu.

Mayat Mohd Farid dan Putra Izzat dijumpai orang awam sekitar jam 10.20 pagi, manakala mayat Muhammad Ikram Faiz pula dijumpai pda jam 11.20 pagi

Kesemua mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Jeli untuk proses bedah siasat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");