Berita Hari Ini

Tindakan Tegas Terhadap Ibu Bapa Abai Anak

ALOR GAJAH – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus menguatkuasakan tindakan tegas terhadap ibu bapa yang melakukan pengabaikan anak-anak di bawah Akta 611.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh berbuat demikian sekiranya masih terdapat ibu bapa membiarkan dan memandang ringan anak-anak yang tiada di rumah pada waktu tidak sepatutnya.

Menurutnya, impak sikap ibu bapa yang kurang bertanggungjawab itu mendorong golongan bawah umur terutamanya ke arah aktiviti yang tidak sihat bukan sahaja kepada diri sendiri malah boleh berlaku tragedi melibatkan ramai mangsa seperti Tragedi Tahfiz Darul Ittifaqiyah.

“Kita selalu mengingatkan ibu bapa jangan main-main kerana kita ada akta. Kalau anak terbiar, diabaikan, tiada di rumah pada waktu sepatutnya maka tunggulah.

“Ibu bapa tolonglah bertanggungjawab pada anak-anak, jagalah mereka dengan baik, mereka adalah permata hati kita,” katanya.

Azizah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Ziarah Kasih Sempena Bulan Kebajikan Negara 2017 Peringkat Negeri di Sekolah Kebangsaan (SK) Melaka Pindah, pada Khamis lapor Sinar Harian.

Hadir sama, Exco Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri, Datuk Latipah Omar; Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Rafiq Abdullah dan Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Koh Nai Kwong.

Azizah turut melawat dua keluarga kurang bernasib baik di Kampung Melekek Dalam dan Kampung Melaka Pindah.

Beliau berkata, kementeriannya dengan kerjasama Jabatan Pelajaran juga akan memberi perhatian serius kepada pelajar yang dibuang sekolah dan diabaikan bagi memastikan insan itu tidak bersendirian ataupun terbiar dan boleh diletakkan di bawah penjagaan agensi berkaitan.

“Kalau boleh kita tak mahu ada pelajar dibuang sekolah tapi kalau dah berlaku kita akan berusaha. Kita tidak akan biarkan mereka terjebak dengan perkara yang boleh merosakkan diri mereka dan sesuatu menyedihkan kepada orang lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");