Jenayah

Tokan Dadah Dikehendaki Diberkas

BUKIT MERTAJAM – Seorang pengedar dadah yang dikehendaki polis berjaya diberkas dalam satu kejadian di Jalan Taman Sri Rambai di sini.

Lapor Sinar Harian dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi, suspek yang berusia 29 tahun itu dilihat sedang memandu kereta jenis Mini Cooper dikawasan Taman Sri Rambai sebelum anggota polis bertindak menahannya untuk melakukan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan polis menemui sebuah beg yang mengandungi 180 biji pil yang tertulis huruf S dan R yang disyaki pil Ecstacy.

Selain itu, turu ditemui 150 biji pil eramin 5 dan 3.1 gram syabu di dalam beg berkenaan.

“Semakan lanjut yang dibuat mendapati lelaki yang berasal dari Kulim,Kedah itu masih dikehendaki kerana terlibat dengan kes mencuri di kawasan Bukit Tengah.

“Saringan ujian air kencing yang dilakukan terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah jenis methaphetamin dan mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan jenayah dan dadah,”katanya ketika dihubungi di sini.

Nik Ros Azhan berkata, kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai hampir RM10,000 dan dipercayai untuk dijual di pusat berhampiran di sekitar daerah ini.

Selain itu, polis turut merampas sebuah kereta jenis Myvi dan Mini Cooper selain sebentuk cincin emas.

“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");