Isu Panas

Trio Bekas Menteri Besar Berganding Bahu Rampas Selangor

CHERAS: Jentera Barisan Nasional Selangor akan diperkukuh dengan penglibatan tiga bekas Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Abu Hassan Omar, Dr Mohamad Khir Toyo dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyifatkan penyertaan semula Tan Sri Muhammad Muhamad Taib melengkapkan jentera BN untuk kembali merampas Selangor.

“Saya dah bincang mengenai kedudukan beliau dan saya percaya mereka akan berganding bahu dengan saya untuk memastikan kemenangan BN.

“Mereka ini bukan pandang jawatan, tetapi mereka mahu lihat apa yang telah dilaksanakan dahulu ada kesinambungannya,” katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan kerja di Flat Taman Segar Perdana, Cheras pada Khamis lapor Astro Awani.

Dalam sidang media sama, beliau turut menyelar pimpinan Kerajaan Negeri Selangor kerana dilihat tidak serius untuk membela nasib rakyat negeri itu.

“Contohnya kawasan ni (Flat Taman Segar Perdana) terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dimenangi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah.

“Mana dia sejak kemenangan dalam pilihan raya kecil tempoh hari?

“Tapi, demi rakyat, kita ketepikan fahaman politik dan saya luluskan peruntukan bagi penyelenggaraan, pembaikan dan pemulihan demi rakyat di sini,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");