Perak Hari Ini

Tular Jumpa Ulat Dalam Nasi: Kerajaan Negeri Akan Ambil Tindakan Segera

IPOH: Kerajaan Perak akan menyiasat isu ‘Ulat Dalam Nasi’ yang tular di media sosial baru-baru ini secepat mungkin bagi membolehkan tindakan selanjutnya dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kerajaan negeri sememangnya memandang serius terhadap isu kebersihan dan keselamatan dalam aspek penyediaan makanan.

“Kita akan lihat perkara ini dengan lebih terperinci dan siasatan akan dilakukan dengan secepat mungkin bagi tindakan seterusnya.

“Golongan peniaga seharusnya menjaga kualiti kebersihan makanan mereka dan harus memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan terbaik,” katanya, ketika diminta mengulas berkenaan isu tular seorang pelanggan menjumpai ulat pada makanannya di sebuah restoren di Ipoh.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Kebenaran Tapak Baru Bangunan bagi Persekutuan Tarian Naga dan Singa Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Jumaat.

Semalam Perak Today melaporkan dakwaan seorang lelaki yang menjumpai ulat pada juadah tengah harinya dan membuat laporan polis bagi tindakan susulan.

Pengusaha restoran makanan yang terletak di Jalan Yang Kalsom, di sini itu membuat tindakan yang sama pada hari seterusnya dan mendakwa ia merupakan satu tindakan sabotaj.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");