Perak Hari Ini

Tular Jumpa Ulat Dalam Nasi

IPOH: Seorang laki mendakwa menemui ulat pada makanannya di sebuah restoran di Jalan Yang Kalsom, semalam.

Perkara itu kemudiannya menjadi tular di laman dimana mangsa seorang lelaki berusia 40 tahun yang berasal dari Gombak telah pergi ke restoran tersebut bersama keluarganya sekitar jam 1:00 petang.

Berang dengan keadaan itu, mangsa kemudiannya segera memaklumkan perkara berkenaan kepada salah seorang pekerja di situ.

Akibat maklum balas yang kurang memuaskan,  mangsa segera membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Baru di sini, pada hari yang sama.

Pagi tadi, pengurus restoran tersebut turut membuat laporan polis di balai yang sama.

Menerusi laporan yang turut tular di Facebook, pengurus itu mendakwa bahawa ulat berkenaan sengaja diletakan lelaki tersebut dan mengatakan kemungkinan ada pihak yang cuba merosakkan reputasi perniagaannya.

Pihak polis ketika dihubungi mengesahkan bahawa laporan dari kedua-dua pihak telah diterima dan tindakan selanjutnya akan diambil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");