Perak Hari Ini

Turun Padang Dan Buat Sendiri, Jangan Hanya Tahu Kritik Aspek Kebersihan Saja: MB Perak

MALIM NAWAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan tindakannya dan barisan exco untuk turun padang mengutip sampah pada program Perak Yang Bersih Daerah Kampar sempena permukiman Menteri Besar adalah usaha berterusan dalam menerapkan budaya menjaga kebersihan dikalangan rakyat negeri ini.

Jelasnya, pendekatan tersebut dibuat bagi berkongsi idea dan budaya baik yang diharap mampu diteladani oleh masyarakat.

“Apa yang ingin diketengahkan ialah usaha menerapkan dalam jiwa masyarakat supaya sikap tabiat menjaga kebersihan dilakukan oleh semua bukan peringkat kerajaan semata-mata,” katanya dalam satu sidang sejurus selepas memandu sendiri lori sampah ke lokasi perumahan sekitar Tanjung Tualang dalam program Perak Yang Bersih Daerah Kampar di sini hari ini.

Zambry turut menegur sikap pembangkang yang begitu bebas mengkritik tindakan kerajaan negeri berkaitan kebersihan.

“Rakyat sudah menilai dan memikirkan perkara baik dan tidak baik berkaitan dakwaan mendapatkan publisiti murahan dan sebagainya.

“Kamu maki memanjang ini buat apa? Apa yang kamu buat sedangkan kita terus berkerja dan bukan sekadar mengambil gambar masuk dalam media sosial,” katanya.

Jelasnya lagi, tindakan itu melangkaui batas politik kerana ia berkaitan dengan kesejahteraan hidup rakyat.

“Jangan kecewa, teruskan tanamkan dalam jiwa masyarakat supaya ia menjadi budaya kepada semua dan akhirnya Perak terkenal sebagai negeri yang terbersih.

“Walaupun Perak mendapat tempat kedua negeri terbersih namun kita tidak sepatutnya selesa dengan pencapaian itu malah perlu terus melaksanakan untuk menjadi budaya masyarakat kita,”katanya.

Tambahnya program Perak Yang Bersih akan tetap diteruskan kerana program tersebut bertujuan menerapkan langkah menjaga kebersihan dalam kalangan masyarakat yang pastinya tidak mengambil masa yang singkat untuk direalisasikan.

Sementara itu mengulas lanjut mengenai penganjuran permukiman Menteri Besar di Daerah Kampar menerusi 10 program yang telah berlangsung sebanyak 165,000 orang ramai telah didekati dan disantuni pihak terlibat.

“Setakat ini terdapat 170 program diatur dan mungkin akan lebih lagi mengikut keadaan dan tumpuan bukan hanya mengumpulkan rakyat tetapi membantu mereka,” katanya.

Jelasnya tiada istilah letih apabila menghadiri semua program yang disusun kerana kesungguhan serta kepuasan itu mengatasi rasa letih yang dialami setiap exco dan dirinya sendiri selaku Menteri Besar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");