Berita Hari Ini

Uber Tidak Lagi Dibenar Beroperasi Di London

LONDON: Uber tidak lagi boleh beroperasi di London selepas agensi kawal selia pengangkutan awam bandar raya itu umum tidak akan memperbaharui lesen syarikat itu.

Lesen Uber untuk mengendalikan perkhidmatan kongsi kenderaan berakhir 30 September ini.

Uber beroperasi di London sejak 2012 dan mempunyai antara 25,000 hingga 40,000 pemandu di kota itu, mengikut laporan media.

Ia bagaimanapun ada tempoh 21 hari untuk merayu lapor Reuters.

Transport for London sebelum ini memberi lesen sementara empat bulan sejak Mei lepas, sementara menunggu keputusan permohonan lesen untuk lima tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");