Isu Panas

Umno Shah Alam Tolak Calon Luar

SHAH ALAM – Pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) diharap dapat mengelak daripada meletakkan calon luar untuk perebutan kerusi Parlimen Shah Alam menjelang PRU14 nanti.

Ketua Pemuda Umno Shah Alam, Datuk Muadzam Shah Yaakob berkata, menurut analisa PRU sebelum ini juga jelas menunjukkan pengundi Shah Alam mahukan calon yang merupakan anak Shah Alam yang dilihat lebih faham dengan isu dan apa yang dimahukan oleh pengundi.

Menurutnya, gelombang penolakan calon luar semakin lama semakin kuat dan kemuncaknya dapat kita lihat pada 2013.

“Bukan sahaja pengundi Cina dan India, malah analisis yang dijalankan juga mendapati kita tak dapat lebih 55 peratus undia di kalangan pengundi Melayu sendiri.

“Justeru, kita nampak pengundi menolak calon luar bukan sahaja di kalangan pengundi Cina dan India malah pengundi bumiputera sendiri.

“Saya harap pucuk pimpinan membuat satu pertimbangan sehabis baik, kalau kita nak letak calon pastikan calon itu ada kelebihan yang tinggi untuk memenangi kerusi dalam PRU14 nanti,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Sukan Anak Shah Alam yang dianjurkan bagi menghargai jasa dan sumbangan atlet kelahiran Shah Alam dalam Sukan Sea, baru-baru ini.

Hadir sama, atlet gimnas negara, Nur Eli Ellina Azmi dan Nur Azira Aziri; atlet sepak takraw, Nor Farhana Ismail dan atlet ragbi, Muhammad Siddiq Amir Jalil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");