Sukan Hari Ini

V Shem Akur Keputusan BAM

PEMAIN beregu lelaki negara, Goh V Shem, menerima dengan hati terbuka jika Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan untuk memisahkan gandingannya bersama Tan Wee Kiong selepas pasangan itu mempamerkan aksi hambar sepanjang tahun ini.

BAM sedang membuat pertimbangan sama ada mahu mengekalkan pasangan beregu itu atau pun tidak selepas pencapaian kurang memberangsangkan di sepanjang tahun 2017, khususnya dalam Kejohanan Dunia di Glasgow, bulan lalu.

Walaupun sedikit kecewa, V Shem percaya dengan perancangan BAM dan dia bertekad mahu memperbaiki segala kelemahan apabila digandingkan dengan sesiapa sahaja selepas ini.

“Jika BAM sudah buat keputusan, saya terpaksa terima kerana saya tidak mampu melakukan apa-apa, saya sudah cuba yang terbaik.

“Kami tidak terlalu memikirkan perkara ini kerana hanya fokus dan berusaha keras tetapi keputusan yang positif tidak berjaya diraih,” kata V Shem, menurut laporan dari portal Stadium Astro.

Pemain berusia 28 tahun itu juga mengakui bahawa faktor sebenar yang membawa kepada kemerosotan prestasi mereka adalah kurang keyakinan dan komunikasi antara satu sama lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");