Berita Hari Ini

Vida Cadang Bawa Mangsa Kebakaran Tunai Umrah

KUALA LUMPUR – Pengasas syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Seri Hasmiza Othman, berhasrat untuk membawa 18 pelajar yang terbabit dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, berkata keputusan itu dibuat selepas menerima cadangan netizen apabila ditanya langkah yang perlu beliau ambil bagi menghilangkan kemurungan semua pelajar berkenaan.

“Saya ingin mengambil mereka sebagai anak angkat saya dan membawa mereka semua ke rumah saya di Ipoh, Perak selama sebulan untuk menghilangkan trauma dan menenangkan mereka selepas terbabit dalam kebakaran.

“Hanya mereka yang pernah terbabit dalam kejadian ini yang memahami dan saya sendiri pernah kehilangan anak saya yang terkorban dalam kebakaran dulu,” katanya.

Hasmiza berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Ujung di sini malam tadi bersempena sambutan Awal Muharam 1439H.

Beliau berkata lapan kakitangan pusat tahfiz itu akan turut serta mengerjakan umrah bersama mereka.

Selain pakej umrah itu, beliau juga bercadang untuk membawa semua mangsa untuk bercuti bagi merawat trauma mereka.

Khamis lalu, 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban akibat terperangkap di asrama dalam tragedi kebakaran 5.15 pagi. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");