Berita Hari Ini

Video Isis Tampilkan Abu ‘Uqayl Penuh Pemesongan Akidah

SINGAPURA: Rakaman mesej video daripada ISIS atau Daesh, menampilkan “Abu ‘Uqayl”, yang dikenali pasti oleh Kementerian Dalam Negeri Singapura (MHA) sebnagai seorang warga Singapura berfahaman radikal “penuh dengan pemesongan akidah dan kepalsuan,”kata Mufti Singapura, Dr Mohamed Fatris Bakaram.

“Video itu sengaja direka untuk memperdayakan umat Islam yang menontonnya supaya bersimpati dengan ISIS,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, melalui laporan Bernama.

Malangnya, Mufti itu berkata rakaman video itu hanyalah satu daripada beberapa mesej serupa yang boleh didapati dalam kebanyakan laman web dan media sosial.

“Pemesongan akidah ini adalah berbahaya kerana salah tafsir dan memanipulasi ajaran Islam, untuk mempengaruhi dan menarik mereka yang mungkin tidak dapat melihat kebenaran daripada kepalsuan,” kata beliau.

MHA pada Ahad bedrkata orang dalam rakaman video itu yang menggelarkan dirinya “Abu Uqayl” ialah Megat Shahdan Abdul Samad, 39,  yang meninggalkan Singapura pada 2014 untuk bekerja di Timur Tengah dan menganut fahaman radikal di sana.

Beliau kemudian memasuki Syria untuk menyertai perjuangabn ISIS dan dipercayai masih berada dalam ISIS di Syria, kata kementerian.

“Malangnya, Megat Shahdan ialah seorang daripada individu yang dipengaruhi oleh fahaman dan doktrin yang berbahaya tetapi kita tidak boleh membiarkan orang seperti beliau memimpin untuk terus menyesatkan masyarakat,” kata Dr Mohamed Fatris.

Mufri berkata masyarakat Islam Singapura harus berhati-hati dan ibu bapa, sanak saudara dan rakan-rakan mempunyai peranan penting untuk membantu sesiapa sahaja yang menunjukkan tanda-tanda dipengaruhi oleh fahaman itu.

Rakaman video berdurasi 3 minit dan 30 saat itu, yang dihasilkan oleh sayap media Islamic State, antara lain, menyaksikan “Abu ‘Uqayl” yang bercakap dalam bahasa Inggeris melemparkan kata-kata kepada Putera Harry dari Britain seperti “Mengapa kamu tidak datang ke sini dan menentang kami jika kamu cukup berani.”

Putera Harry berada di Singapura Jun lepas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");