Jenayah

Wanita Maut Dibakar Selepas Tinggalkan Kekasih

NEW DEHLI – INDIA. Seorang lelaki dan bapanya ditahan selepas didakwa membakar seorang wanita selepas hubungan mereka berakhir, lapor AFP.

Mangsa yang berusia 18 tahun dipukul bekas teman lelakinya serta bapa sebelum disiram petrol dan dibakar di Rajasthan, barat India.

“Dia diserang oleh pasangan anak beranak dan dibakar hidup-hidup,”kata pegawai polis tempatan Manish Charan.

Manish berkata, wanita itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya ketika diserang pada lewat Sabtu di pasar tempatan.

“Bekas kekasih wanita itu bertindak menuangkan minyak pada mangsa namun tidak pasti siapa diantara mereka membakarnya,” katanya dalam satu kenyataan

Wanita itu meninggal dunia akibat melecur teruk di hospital pada Ahad.

Keluarga wanita itu mendakwa, lelaki itu sering mengintip aktiviti wanita itu selepas mereka berpisah beberapa ketika dahulu.

Sebelum ini, di Rajasthan , seorang wanita berusia 70 tahun dipukul hingga mati oleh seorang penduduk kampung yang menuduh dia melakukan sihir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");