Jenayah

Wanita Vietnam Maut Jatuh Dari Stesen Monorel

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Vietnam maut setelah jatuh dari tingkat tiga Stesen Monorel di Jalan Imbi, di sini hari ini.

Menurut Ketua Polis Dang Wangi, Penolong Pesuruhjaya Mohd Sukri Kaman, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 1.22 petang lapor Astro Awani.

Katanya, wanita terbabit yang berusia dalam lingkungan 20-an dipercayai terjun dari tingkat tiga stesen monorel berkenaan.

Pemeriksaan terhadap pasport wanita itu menunjukkan dia masuk ke Malaysia pada 10 September lalu.

Tiada unsur jenayah dikaitkan dengan insiden itu dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");