Jenayah

Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran

KOTA MARUDU: Seorang lelaki warga tua ditemui rentung selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Samparita Tengah, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu, mayat Yaad @ Abd Shaad Enggok, 69, ditemui selepas api berjaya dipadam sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, berkata siasatan awal mendapati mangsa tinggal sendirian dan dipercayai tertidur menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan diri ketika kebakaran.

“Menurut keterangan pengadu yang juga abang mangsa, api cepat marak dalam masa hanya lima hingga 10 minit sebelum mangsa ditemui rentung oleh abangnya.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk bedah siasat,” katanya, menurut laporan BH Online.

Izaan berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");