Perak Hari Ini

Wargakota Degil: MBI ‘Tangkap’ Pembuang Sampah Haram

IPOH:Majlis Bandaraya Ipoh tidak akan berkompromi malah akan mengambil tindakan tegas terhadap isu pembuangan sampah haram di sekitar Bandaraya Ipoh.

Menurut Datuk Bandar Ipoh,Datuk Zamri Man,  tanggungjawab menjaga kebersihan bukanlah terletak di bawah MBI semata-mata tetapi memerlukan penglibatan semua pihak.

Jelasnya, tindakan mengkompaun adalah tindakan terakhir setelah tindakan lain tidak diendahkan oleh wargakota Ipoh.

Terdahulu MBI berjaya menangkap satu kejadian pembuangan sampah haram oleh seorang individu di Taman Ipoh Timur (bersebelahan Highway) hari ini yang disifatkannya tindakan yang kerap berulang serta dilakukan oleh penduduk dan peniaga setempat sehingga kini.

“Penguatkuasaan secara berkala dan efisien yang dijalankan oleh Penguatkuasa MBI pagi tadi telah membolehkan penangkapan seorang pembuang sampah di lokasi tersebut dan telah diambil tindakan kompaun bernilai RM250 di bawah Akta Jalan, Parit & Bangunan.

“Dari 1 Januari hingga 31 Ogos 2017,  MBI telah membersihkan 1,673 lokasi longgokan sampah haram sebanyak 11 kali dan mengeluarkan 2,405 kompaun bernilai RM507, 400.

“MBI juga turut menjalankan 78 gotong-royong serta memasang 621 papan tanda “Dilarang Membuang Sampah” di sekitar Bandaraya Ipoh,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");