Membawang Hari Ini

Zizan Tak Sangka Gurauan ‘Datuk Dibeli’ Di FFM29 Guris Hati

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon Zizan Razak memohon maaf kepada Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof serta institusi istana di atas keterlanjuran kata-katanya ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia 29 (FFM29) malam kelmarin.

Zizan berkata, dia sekadar bergurau dan tidak berniat mengguris hati mana-mana pihak khususnya Hans dan Eizlan.

“Saya mohon maaf atas segala keterlanjuran yang berlaku sepanjang FFM 29. Tidak pernah terlintas di hati untuk mengaibkan atau memperlekehkan mana-mana pihak.

“Saya sekadar bergurau selain mahu menghiburkan penonton serta tetamu yang hadir,” katanya.

Zizan berkata, dia tidak menyangka gurauannya itu menjadi isu besar sehingga ada segelintir pihak berasa kurang senang dan menempelaknya.

“Pada mulanya saya fikir apa yang disampaikan itu tidak terlalu kasar dan keterlaluan. Tak sangka pula jadi sebesar ini.

“Saya akui kesilapan ini dan dengan rendah hati memohon maaf. Perkara ini menjadi pengajaran buat saya dan akan lebih berhati-hati pada masa hadapan,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Terdahulu Hans berasa kesal dengan gurauan Zizan yang dianggap keterlaluan hingga menjejaskan imej dan namanya.

Dalam anugerah itu, Zizan mengusik gelaran Datuk diperoleh pelakon berkenaan dibeli.

Hans menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada tahun lalu.

Selain Hans, Eizlan turut terkena gurauan serupa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");