Perak Hari Ini

250 Anggota Hospital Taiping Hadir Sambutan Hari Sukan Negara

Taiping – Seramai 250 pegawai dan kakitangan Hospital Taiping hari ini telah sama-sama menghangatkan Sambutan Hari Sukan Negara yang diadakan di sini.

Pengarah Hospital Taiping, Dr. Hajah Narimah Yusof berkata sambutan itu diadakan sebagai menyambut seruan Kementerian Belia dan Sukan untuk meraikan Hari Sukan Negara pada 13 – 15 Oktober ini.

“Hospital Taiping melalui pasukan senamrobik bergelar ActiveFit di bawah Kelab Perkhidmatan Kesihatan HTPG (KEMASIH) telah mengadakan acara senamrobik lebih satu jam di padang hospital.

“Malah, di sambung pula dengan aktiviti gotong- royong membersih dan menceriakan kawasan Hospital sekaligus mencegah kawasan pembiakan denggi.

Jelas beliau, HTPG juga telah menghantar Kelab Basikal Hospital Taiping (HTCC) bagi menyertai acara sukan peringkat daerah LMS anjuran Jabatan Belia dan Sukan Daerah LMS.

“Saya amat terharu dengan kerjasama dan sokongan yang diterima hari ini daripada anggota Hospital. Semoga kita dapat menjadikan sukan satu budaya dalam kehidupan bagi mengamalkan gaya hidup yang sihat”, katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");