Isu Panas

5 Auta Paling Ketara Dalam Bajet Alternatif

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi menggariskan beberapa isu yang agak memusykilkan dalam Bajet Alternatif 2018 oleh Pakatan Harapan semalam.

Bajet Alternatif atau dalam bahasa pasarnya Bajet Olok-Olok yang menjanjikan bulan bintang dan digarap dengan penulisan penuh bermadah serta memukau itu jelas menunjukkan pendirian pembangkang yang tidak stabil, malah sentiasa berubah-ubah.

Pertama, pembangkang menjadikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai bahan untuk memburuk-burukkan kerajan selama ini dan berjanji kepada rakyat untuk menghapuskannya dalam Bajet Alternatif mereka, tetapi pada suatu ketika pembangkang berkata perlu kekalkan GST.

Kedua, pembangkang sebelum ini berjanji akan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi pada Bajet Alternatif 2018 mereka cuma berjanji akan menangguhkan pembayaran PTPTN kepada graduan baru bergaji kurang RM4,000.

Ketiga, Tun Dr. Mahathir Mohamad berulang kali menyatakan sebelum ini pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah suatu bentuk rasuah oleh pihak kerajaan, tetapi dalam Bajet Alternatif pembangkang kali ini mereka telah menyatakan kepentingan BR1M kepada rakyat dan mahu meneruskannya.

“Mereka mengakui keberkesanan BR1M dalam mengurangkan tekanan kos sara hidup dan mereka akhirnya berjanji untuk meneruskan pemberian BR1M,” kata Budiman dalam satu kenyataan hari ini.

Keempat, pemimpin pembangkang menggunakan penarikan subsidi gula untuk menghentam kerajaan, tetapi dalam Bajet Alternatif 2018, mereka menyatakan tidak akan mengembalikan subsidi gula dan pada sama mengulang gesaan kerajaan agar rakyat mengambil gula pada kadar yang perlu sahaja demi kebaikan kesihatan.

Kelima, dalam mukasurat 76 Bajet Alternatif tentang naratif keluarga di Malaysia pada tahun 2030, pembangkang mendakwa kerajaan BN berdekad-dekad gagal membina Lebuhraya Pan-Borneo sedangkan Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama lebih dua dekad kini diangkat sebagai pemimpin mereka.

“Adakah secara tidak langsung mereka memperleceh Mahathir yang lebih dua dekad menjadi PM tetapi gagal membawa perubahan besar untuk Sabah dan Sarawak? Mengikut rekod, Perdana Menteri Najib Razak belum sampai sedekad pun menjadi Perdana Menteri, tetapi kita boleh lihat Lebuhraya Pan-Borneo sedang rancak dijalankan,” katanya lagi.

Justeru, katanya, beliau sebagai rakyat Malaysia berasa sangat bersyukur kerana Pakatan harapan masih gagal untuk menjadi Kerajaan Persekutuan kerana janji yang boleh berubah-ubah tanpa sebarang pendiriab.

“Jika mereka ini menjadi kerajaan, kita tidak pasti bagaimana mereka mampu mengemudi bahtera negara ini.

“Rakyat Malaysia seharusnya melihat dengan sudut pandang yang lebih luas tentang kredibiliti pembangkang. Apa yang pasti, Bajet Alternatif mereka sekadar madah politik untuk mengaburi mata rakyat! Bertahun-tahun mereka melakonkan peranan yang sama,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");