Berita Hari Ini

7 Produk Kosmetik Diharamkan Serta-Merta

KUALA LUMPUR: Tujuh produk kosmetik diharamkan dan dibatalkan pengedarannya berkuat kuasa serta-merta, oleh Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan dikesan mengandungi racun hidrokuinon, tretinoin dan merkuri.

Produk itu adalah:

1. D’Solve Plus, Nuriz Kosmetik (mengandungi hidrokuinon dan tretinoin)

2. Krim pemutih 3 dalam 1, Nuriz Kosmetik

3. Penyegar wajah Cantiqa, Pusratu Global Academy (hidrokuinon)

4. Penyegar wajah Rzac Platinum, R-ZAC Sdn Bhd (hidrokuinon).

5. Magic Cream, Malia Mellia (merkuri)

6. Krim siang Dnars, Onew Cosmetics (merkuri)

7. Krim malam Dollys Pinky, Legacy Jaya Enterprise (merkuri).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penjual dan pengedar produk kosmetik berkenaan diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk serta-merta.

Katanya, penjual turut diingatkan penjualan dan pengedaran produk kosmetik melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Mereka yang melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

“Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, orang awam yang menggunakan tujuh produk kosmetik itu dinasihatkan menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat pakar kesihatan jika mengalami ketidakselesaan atau kesan buruk.

Katanya, orang ramai boleh mengajukan pertanyaan berkaitan produk kosmetik kepada [email protected] atau menghubungi talian 03-78835400.

“Pengguna dan orang ramai dinasihatkan menyemak status sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");