Berita Hari Ini

83 Daripada 244 Ubat Naik Harga – Dr Hilmi

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengambil beberapa inisitif bagi mengawal dan memantau aliran peningkatan harga ubat-ubatan dalam perkhidmatan perubatan sektor swasta.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata pihaknya telah menjalankan kajian pemantauan harga ubat di pasaran selain mengenalpasti aliran jualan ubat serta mengambil tindakan sewajarnya jika ada aduan kenaikan harga secara mendadak.

“Kami membuat kajian sampel terhadap 244 jenis ubat-ubatan dan kami mendapati 83 daripadanya mengalami aliran peningkatan harga.

“Sebanyak 131 jenis ubat pula menunjukkan penurunan harga, manakala harga 31 lagi ubat kekal,” katanya di Dewan Rakyat hari ini lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan G Manivannan (PKR-Kapar) yang meminta kementerian menyatakan mekanisme yang digunapakai oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengawal harga ubat di Malaysia.

Tambah Dr Hilmi, kajian sampel itu dibuat menerusi perkongsian bilangan maklumat harga ubat-ubatan sedia ada dalam senarai harga panduan pengguna.

Katanya, kementerian juga mewujudkan pangkalan data untuk rujukan pengguna bagi sebahagian jenis ubat menerusi Bahagian Farmasi.

Malah, beliau turut mengakui wujud pembaziran ubat oleh pengguna, menyebabkan kementerian terpaksa mengehadkan bekalan hanya untuk tempoh sebulan berbanding tiga hingga enam bulan sebelum ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");