Perak Hari Ini

Ada Apa Di Muzium Geologi Ipoh?

SEBAGAI warga Ipoh, pernahkah anda terdetik untuk mengunjungi Muzium Geologi yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah?

Jarang sekali kita dengar percutian ke muzium namun selepas ini mungkin pelancong perlu mencari masa untuk mengunjungi ke sini.

Melangkah ke Muzium Geologi Ipoh ini seolah-olah masuk sebuah ke muzium sains yang berada di Suria KLCC dekat ibu negara.

Warna-warna ceria dan rekaan dalaman muzium ini cukup menarik minat khususnya yang ingin mengetahui lanjut sejarah dan perkembangan terhadap kajian khazanah geologi bumi negara.

 

Muzium Geologi ini ditubuhkan pada sekitar tahun 1957 dan perletakkan batu asasnya disempurnahkan oleh Sultan Idris Shah yang ketika itu Baginda menjadi Raja Muda Perak.

Pada awalnya, ia dibina bagi menyimpan spesimen-spesimen rujukan hasil kajian geologi oleh Jabatan Penyiasatan Kajibumi, yang kini dikenali sebagai Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JGM).

JGM juga merupakan antara jabatan tertua yang ditubuhkan semenjak era pentadbiran British di Malaya.

 

Selepas penubuhan jabatan tersebut pada tahun 1903 di Kuala Lumpur, pada 1908, Pejabat Kajibumi dipindahkan ke Batu Gajah bertujuan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan berkenaan penemuan deposit bijih timah secara besar-besaran di Lembah Kinta.

Ini menunjukkan bahawa Perak menjadi negeri terawal bagi menjalankan aktiviti kajian lapangan terhadap hasil galian bumi.

 

Pada 1 November 2011, muzium ini telah dinaik taraf dan dirasmikan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ketika itu, Datuk Douglas Uggah Embas.

Muzium Geologi mempunyai tujuh zon pameran yang berbeza (Zon A – Zon G) di mana ia merangkumi ilmu geologi dari peringkat awal, struktur batuan, dinasaur dan fosil sehinggalah bagaimana galian bumi ini boleh menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

 

 

Zon A

  • Sejarah Muzium Dan Jabatan
  • Sejarah Bumi
  • Mural Struktur Geologi

Zon B

  • Dinosaur Dan Fosil
  • BatuanZon C
  • Mineral, Kristal Dan Batu Permata

Zon D

  • Kegunaan Mineral

Zon E

  • Aktiviti Perlombongan

Zon F

  • Aktiviti Explorasi Mineral Dan Geologi Marin

Zon G

  • Bencana Geologi
  • Lombong Dan Kuari
  • Hidrogeologi
  • Geologi Dan Pembangunan Negara
  • Sumber Mineral
  • Geowarisan
  • Produk JMG
  • Penyelidikan Dan Pembangunan
  • Perkhidmatan Makmal

Mungkin sebahagian generasi muda masa kini tidak mengenali bagaimana rupa bentuk bijih timah dan bagaimana ia boleh didapati.

Di sini, terdapat sampel kasiterit iaitu nama lain bagi bijih timah yang ditemui di kawasan sekitar Lembah Kinta dan juga penerangan yang menarik bagaimana proses untuk mendapatkanya melalui  cara tradisional dan moden.

Sebagai contoh, terdapat  model mini diorama perlombongan bijih timah dengan menggunakan pam kelikir buat tatapan pengunjung.

 


Bangunan yang telah dinaik taraf dengan kos membabitkan peruntukan RM1.3 juta ini juga secara tidak langsung menjadi muzium sejarah perlombongan yang terawal di Perak.

Turut dipamerkan peralatan-peralatan kajian geologi dan geosains dari tahun sekitar 60-an sehingga kini.

Antaranya, alatan mengesan pergerakan bumi,  komposisi bumi, dan pengesan kekonduksian elektrik.

 

Dalam pada itu, bagi perkhidmatan penggunaan makmal dan penyelidikan, ia dikelola oleh pakar-pakar geologi negara di mana terbahagi kepada beberapa jabatan seperti makmal air, batuan dan sebagainya.

Muzium ini dibuka pada jam 9:00 pagi sehingga 4:30 petang (Isnin hingga Jumaat) dan masuk adalah percuma.

 

Pernahkah anda terfikir berapakah usia Bumi? Berapakah jenis-jenis batu granit yang terdapat di dunia? ataupun negeri manakah yang mempunyai hasil galian yang terbanyak?

Ayuh ke Muzium Geologi Ipoh!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");