Sukan Hari Ini

Aksi Malaysia, Korea Utara Di Thailand

KUALA LUMPUR: Seperti dijangka, dua aksi Kelayakan Piala Asia 2019 membabitkan Korea Utara menentang Malaysia yang dijadual pada 10 dan 13 November ini akan berlangsung di Thailand.

Perkembangan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John yang mengesahkan kedua-dua aksi terbabit dapat dilangsungkan di negara Gajah Perang itu selepas Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menyatakan kesediaan menjadi tuan rumah.

Bagaimanapun, Windsor menyatakan venue dua aksi itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kami bersyukur di atas sokongan berterusan daripada FAT yang bersetuju menjadi tuan rumah bagi dua aksi ini. Dengan sokongan ini, AFC berjaya mengekalkan integriti sukan pada aksi kelayakan Piala Asia 2019.

“Namun, kami perlu menunggu maklum balas daripada FAT kerana mereka yang akan menentukan venue perlawanan untuk dua aksi terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jika dilihat kepada kapasiti dan lokasi stadium, Stadium Rajamangala dilihat menjadi venue paling sesuai memandangkan ia terletak di ibu negara Thailand, Bangkok dan memiliki kapasiti penonton terbesar yang mampu memuatkan hampir 50,000 penonton selain menjadi stadium rasmi buat skuad kebangsaan Thailand.

Korea Utara terlebih dahulu akan menjadi tuan rumah pada aksi pertama yang berlangsung pada 10 Oktober, sementara aksi 13 November akan menjadi aksi di laman sendiri buat skuad Harimau Malaya.

Sebelum ini, ketegangan politik yang melanda Korea Utara menyaksikan badan induk bola sepak Asia itu terpaksa menunda perlawanan antara dua negara itu buat kali ketiga, 28 September lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");