Jenayah

Anak Tinggalkan Nota, Minta Jangan Mencarinya

SABAK BERNAM: Remaja perempuan berusia 18 tahun melarikan diri dari rumahnya di Kampung Batu Dua Sepintas, dekat sini sejak Isnin lalu.

Nur Hamizah Abdul Rahman disedari hilang pada 6.30 pagi ketika ibunya, Noor Hayati Abd Wahab, 48, ke bilik anaknya untuk mengejutkannya menunaikan solat Subuh.

Noor Hayati berkata, kali terakhir dia melihat anak bongsu daripada tiga beradik itu kira-kira 1 pagi di dalam bilik anaknya itu.

“Ketika pergi ke bilik untuk mengejutkannya pagi itu, saya dapati dia tiada dan ketika itu, saya dan suami panik,” katanya.

Menurutnya, mereka memeriksa bilik anaknya itu sebelum menemui nota dengan tulisan tangan anaknya itu tersorok dalam laci meja solek.

“Dalam nota itu, dia meminta saya sekeluarga tidak menjejakinya selain ingin mencari ketenangan.

“Malah, nota berkenaan turut menyatakan dia pergi ke rumah keluarga angkat di Perak dan tidak memberitahu dengan jelas di mana lokasi sebenar,” katanya, hari ini, lapor Harian Metro.

Noor Hayati berkata, anaknya itu hanya membawa MyKad bersamanya dan tidak membawa telefon bimbit.

Sehubungan itu Noor Hayati membuat laporan polis di Balai Polis Sabak Bernam pada jam 3 petang hari kehilangan anaknya itu.

Orang ramai yang melihat Nur Hamizah atau mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Noor Hayati di talian 017-6417021.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan remaja itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");