Membawang Hari Ini

AR Badul Nafi Berkahwin Satu Lagi

SEMALAM heboh mengenai isu pelakon veteran AR Badul yang khabarnya sudah berkahwin satu lagi di laman-laman sosial serta aplikasi WhatsApp.

Ini berikutan tersebarnya fotonya bersama seorang wanita muda dan masing-masing sedang mengenakan pakaian serba putih serta bertanjak seperti dalam majlis perkahwinan.

AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Arman Ramlie hari ini menjelaskan tentang isu tersebut.

Pelakon 67 tahun itu mengakui dalam gambar tersebut merupakan dirinya tetapi bukanlah dia yang berkahwin satu lagi.

Jelasnya, gambar tersebut diambil sewaktu menjalani pengambaran bagi sebuah drama yang bertajuk Tuyul Ke London baru-baru ini.

“Mana ada kahwin, itu gambar ketika penggambaran drama Tuyul Ke London saja. Saya pun terkejut bila ada rakan-rakan artis yang sebarkan dan ucap tahniah.

“Wanita itu pelakon baru dan membawa watak sebagai isteri saya dalam drama tersebut,” katanya dipetik mStar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");