Isu Panas

Arahan Pemilihan Semula CEC Jejas Persiapan PRU

GEORGETOWN – DAP mengakui arahan supaya pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) telah mengganggu persiapan dan persediaan jenteranya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang dijangka tidak lama lagi.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, arahan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) itu secara tidak langsung menjejaskan persiapan yang sedang giat dilaksanakan.

Sambil mengatakan kekesalannya, Guan Eng menyifatkan arahan itu sebagai taktik yang tidak profesional, tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab.

“DAP merasakan pemilihan semula CEC ini sebagai tidak perlu berikutan pemilihan yang sepatutnya diadakan adalah pada Mac 2018. Hanya beberapa bulan sahaja lagi. Namun bagi memuaskan hati semua pihak termasuk ROS, maka kita akur CEC akan diadakan pada 12 November ini.

“Ia amat dikesali kerana kita tahu, ia bukan satu kebetulan tetapi dengan keadaan sekarang yang sangat hampir dengan piliharaya, ada cubaan untuk menyusahkan parti (DAP). Ini kerana, parti merasakan keputusan (ROS) itu ada campur tangan politik yang ingin mengganggu DAP dalam menghadapi pilihanraya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, persetujuan DAP ke atas arahan ROS itu dibuat bagi memastikan parti itu tidak dibatalkan pendaftarannya.

Ditanya sama ada pemilihan semula CEC ini sebagai peluang kepadanya untuk melanjutkan jawatannya sebagai Setiausaha Agung DAP sehingga 2020, Guan Eng yang juga Ketua Menteri berkata, isu itu tidak timbul kerana parti itu hanya menuruti arahan ROS.

Pemilihan semula CEC DAP akan diadakan pada 12 November ini di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");