Isu Panas

Armada Tidak Wujud Dalam Perlembagaan PPBM

KENA TIPU… Usia baru setahun jagung, namun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah dilanda pelbagai masalah dalaman serius yang disebabkan barisan kepimpinan mereka sendiri

Terbaharu, semakan menerusi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengesahkan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) langsung tidak wujud dalam perlembagaan PPBM sebagai sayap parti pembangkang kerdil berkenaan.

Perkara amat mengejutkan itu didedahkan Mohamad Taufik Abas, bekas exco Armada PPBM yang dipecat secara zalim oleh Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika hadir ke ibu pejabat ROS di Putrajaya pada Jumaat

Justeru beliau dengan nada kesal berkata, ahli-ahli Armada lain ternyata telah diperdayakan oleh kepemimpinan parti itu kerana perlembagaan hanya menyatakan mengenai penubuhan sayap Pemuda, Wanita dan Srikandi.

“Perkara ini memperdayakan semua ahli parti dan anak muda, saya hairan mengapa benda-benda macam ini boleh berlaku, ini satu scam (penipuan), ini bukan isu kecil, mereka meminta kami membuat bermacam-macam.

“Sedangkan Armada sendiri pun tidak pernah wujud secara sah,” kata Mohamad Taufik yang mempertikaikan pemecatan dirinya oleh Syed Saddiq walhal jawatan ketua Armada itu turut tiada dalam perlembagaaan parti.

Beliau hadir ke pejabat ROS untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada pihak berkenaan termasuk surat aduan, laporan polis yang dibuat mengenai status Armada serta watikah pelantikan exco. – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");