Isu Panas

Azmin Didakwa Anaktirikan JAIS

SHAH ALAM: Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail, mendakwa kerajaan negeri menganaktirikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berdasarkan berdasarkan aduan dan rungutan yang beliau terima.

Beliau berkata, terdapat beberapa peraturan yang dibuat oleh kerajaan Selangor, termasuk memotong elaun serta kerja lebih masa yang tidak dibayar, sebaliknya digantikan dengan cuti.

“Saya sendiri mendengar rungutan dan aduan oleh beberapa kakitangan JAIS yang ternyata agak ralat dengan tindakan memotong peruntukan bagi pejabat agama sehingga menyukarkan mereka untuk melaksanakan tugas.

“Sekarang ini tiada lagi bayaran kerja lebih masa, terutama bagi penguatkuasa yang bertugas membanteras maksiat sehingga ke malam,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Zein berkata, lebih 6900 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) yang turut dijanjikan akan diserap ke jawatan, tetapi masih gagal dilaksanakan sehingga kini.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang enggan mewartakan fatwa Jabatan Mufti Selangor dalam dasar pentadbiran kerajaan negeri.

“Apa lebih membimbangkan apabila kuasa politik mencengkam pelaksanaan hal ehwal agama apabila ada beberapa fatwa yang tidak diwartakan oleh kerajaan negeri kerana bertentangan dengan dasar dan prinsip pentadbiran Mohamed Azmin.

“Malah masjid juga kini kembali dijadikan tempat berpolitik bukan sahaja dari sudut ceramahnya, malah pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) masjid juga sudah dicatur oleh tangan ghaib yang bermotifkan kepentingan politik,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, isu kebenaran pesta arak sudah cukup untuk membuktikan bahawa Mohamed Azmin tidak mampu untuk menghalang pesta itu atas kapasitinya sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya menyeru orang Melayu dan umat Islam sedar bahawa berada di bawah pentadbiran sebuah kerajaan yang dikuasai DAP, syiar Islam tidak akan ke mana dan kita bimbang, ia semakin layu di bumi Selangor,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");