Berita Hari Ini

Bajet 2018: Ibu Segala Bajet- PM

Antara Intipati Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

*Menambah RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah.

*Peruntukan RM30 juta disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council untuk melaksanakan beberapa perkara termasuk mempromosi Malaysia sebagai Hab Rawatan Kesuburan, termasuk IVF dan Kardiologi Asia dan memperkenalkan program Flagship Medical Tourism Hospital.

*Pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan bermula Januari 2018.

*Mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.

*Pulau Pangkor, Perak diisytiharkan Pulau Bebas Cukai, tetapi tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.

*Hasil Kerajaan Persekutuan 2018 dijangka mencecah RM239.86 bilion.

*Peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion yang memanfaatkan hampir 400,000 peminjam.

*Peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.

*Tahun 2020 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM.

*RM2 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi kadar faedah dua peratus.

*Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion, menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan.

*RM234.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion

*Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara.

*Peruntukan RM1bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.

*RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres.

*Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

*Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan.

*Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan memberi Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham PNB kepada anak Malaysia yang lahir mulai 1 Jan 2018 sehingga 2022.

*Sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk pendidikan generasi TN50, termasuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM), mempertingkatkan modul Computer Science termasuk program Coding dan menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21.

*Peruntukan RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.

*Membina 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta.

*Peruntukan RM61.6 bilion disediakan untuk sektor pendidikan termasuk RM654 juta bagi membina empat pra sekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak autisme, 48 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional serta sebuah pusat matrikulasi.

*Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Dis 2018.

*Peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia.

*Peruntukan RM6.5 bilion untuk penyediaan infrastruktur asas terutama di luar bandar.

*Peruntukan RM1 bilion melalui SKMM bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.

*Peruntukan RM300 juta untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township dan Mobile CTC.

Demi menghargai sumbangan para penjawat awam, khabar gembira yang ditunggu-tunggu itu sudah pun tiba. Saya umumkan berikut:

  1. Kenaikan pangkat time-based kali kedua bg kumpulan pelaksana utk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama
  2. Penjawat awam yg dibersarakan atas sbb kesihatan akan trm faedah persaraan seolah2 peg berkhidmat sehingga umur persaraan wajib
  3. Membenarkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan
  4. Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bg Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun
  5. Krjn buat pertama kalinya, bersetuju berikan kemudahan 7 hari cuti tanpa rekod sepjg tempoh perkhidmatan bg menunaikan umrah
  6. Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi
  7. Untuk beri fleksibiliti, Krjn akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang
  8. Penjawat awam wanita yg mengandung 5 bln ke atas dibenar pulang awal sejam. Suami yg bekerja Krjn jg dibenar pulang awal sejam
  9. Meningkatkan kelayakan cuti bersalin drpd 300 hari kpd 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kpd maksimum 90 hari setahun
  10. Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house
  11. Menaikkan kadar pencen terendah kpd RM1000 sebulan melibatkan lbh 50k pesara awam dgn sekurang2nya 25 tahun tempoh perkhidmatan
  12. Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara Kerajaan
  13. Krjn hargai bakti Ketua Kampung serta Tok Batin, umumkan bayaran khas one-off sebanyak RM1,500 melibatkan 9,800 orang

*Bagi menyanjung tinggi sifat wala’ dan kesetiaan dalam mendokong kemajuan negara, saya umum bayaran khas RM1500 kepada semua penjawat awam.

*Mengembalikan wang ses yang telah dibayar peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit, dari tahun 2010 hingga 2016.

*Peruntukan RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia , hampir RM9 bilion untuk Polis Diraja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

*Peruntukan RM3 bilion untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan.

*Peruntukan RM720 juta bagi pembinaan 11,000 ibu pejabat dan enam balai polis serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi.

*Pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM (PPA1M-PDRM)

*Peruntukan RM250 juta kepada ESSCOM bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak.

*Peruntukan RM2.5 bilion, iaitu yang tertinggi pernah diberikan untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA.

*PNB membuat pengagihan khas sejumlah RM1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur.

*Bantuan sebanyak RM3,000 kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli sebagai perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi.

*Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");