Perak Hari Ini

Bajet 2018: PROTON City, Edu City Mercu Tanda Baru Pertumbuhan Ekonomi

PANGKOR:Hasrat Kerajaan Negeri untuk membangunkan Wilayah Selatan Perak bakal direalisasikan dengan pengumuman peruntukan untuk lima koridor utama merangkumi pembangunan PROTON City, Edu City dan U City pada pembentangan bajet 2018 hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata usaha kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan diharap dapat dimantapkan selaras dengan plan perancangan yang dirangka.

“Negeri Perak menjadi salah satu teras pertumbuhan ekonomi negara dan salah satunya  berada dalam negeri ini iaitu Edu city di Tanjung Malim dan Youth City selaras dengan dasar Blue Print pembangunan Perak Selatan yang bermula dari Tanjung Malim hingga Bagan Datuk,” katanya kepada media hari ini mengulas pengumuman bajet 2018 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini.

Jelasnya lagi, Proton city sebagai bandar automotif dengan sendirinya akan menggerakkan satu mercu tanda baharu kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini.

“Penstrukturan semula Proton di Bandar Tanjung Malim akan menjadi tumpuan kepada pembangunan negeri ini kelak,” katanya.

Zambry terdahulu turut menyifatkan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri hari ini sebagai sebuah bajet insklusif yang merangkumi pelbagai aspek fizikal, pembangunan dan sosial ekonomi negara.

“Ia satu bajet yang inklusif memberikan tumpuan kepada pembangunan yang selaras dengan matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju dan menggerakkan ekonomi negara untuk terus berkembang ia termasuk juga negeri Perak sambil melihat potensi baru bidang ekonomi negeri,” katanya.

Datuk Seri Najib mengumumkan peruntukan
RM1 bilion untuk lima koridor utama dengan membangunkan Wilayah Selatan Perak merangkumi pembangunan PROTON City, Edu City dan U City serta Zon Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");