Berita Hari Ini

Bajet 2018 ‘Seperti Langit Dengan Bumi’

SHAH ALAM – Keprihatinan kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2018 yang memperuntukkan sebanyak RM200 juta kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dilihat seperti langit dan bumi jika dibandingkan dengan Bajet alternatif Malaysia 2018 milik Pakatan Harapan.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam berkata, peruntukan tersebut akan digunakan untuk pembiayaan pembelian premis dan keusahawanan.

“Ia seperti durian runtuh untuk rakyat. Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana terus memberi kepercayaan kepada kami.

“Peruntukan ini juga adalah untuk digunakan membiayai perusahaan dan perniagaan dalam pusat-pusat perniagaan baru yang berskala besar,” katanya dalam satu kenyataan, semalam lapor Sinar Harian.

Di samping itu, beliau berkata, PUNB akan terus menambah pembiayaan usahawan dan peniaga diseluruh negara dengan taburan yang lebih menyeluruh mengikut kawasan Dun dan Parlimen .

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");