Berita Hari Ini

Bajet Komprehensif Bagi Kesejahteraan Rakyat – Perunding Cukai

KUALA LUMPUR: Bajet 2018 disifatkan sebagai komprehensif apabila ia berkaitan dengan kesejahteraan rakyat dalam menangani pelbagai isu, daripada kenaikan kos sara hidup kepada membentuk masa depan tenaga kerja, menurut perunding cukai.

Jagdev Singh, Ketua Cukai PwC Malaysia, banyak langkah yang diumumkan menumpukan kepada rakyat, seperti menangani isu kumpulan B40 dan M40, penjawat awam dan wanita dalam tenaga kerja.

Bagaimanapun, katanya kekurangan langkah-langkah penting memberi kesan kepada korporat secara langsung berikutan kadar cukai kekal sama, bersama dengan insentif sedia ada.

“Saya menjangka pengurangan kadar cukai individu selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 dan Bajet 2018 ternyata dilaksanakan.

“Manfaat cukai sehingga RM1,000 akan memberi manfaat kepada sejumlah besar pembayar cukai. Bagaimanapun, tiada perubahan kepada pelepasan sedia ada,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Walaupun pengurangan dalam cukai korporat tidak dijangka dalam Bajet 2018, beliau berharap langkah-langkah yang disasarkan, berdasarkan peningkatan produktiviti serta pelaburan dalam penyelidikan dan pelaburan yang diperkenalkan.

Sementara itu, Amarjeet Singh, Rakan Kongsi dan Ketua Cukai EY Malaysia berkata langkah-langkah bagi golongan berpendapatan sederhana seperti pengurangan dua mata peratusan cukai pendapatan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000 dan lanjutan pelepasan cukai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), akan mengurangkan beban daripada peningkatan kos sara hidup.

Bagi beliau, Bajet 2018 menjanjikan prospek positif dan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap negara dengan tumpuan kepada sektor swasta dan pengiktirafan kepada peranan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan langkah-langkah yang diperluaskan kepada usahawan mikro.

Chang Mei Seen, Pengarah Eksekutif KPMG Tax Services, yang bersetuju fokus Bajet 2018 pada kesejahteraan rakyat, turut memuji komitmen kerajaan terhadap perkongsian maklumat ekonomi yang diperkenalkan oleh Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), melalui pertukaran maklumat secara automatik mulai September 2018.

“Ini bermakna maklumat boleh ditukar antara pentadbiran cukai secara sulit. Komitmen ini bertujuan untuk menangani aktiviti Penghakisan dan Peralihan Keuntungan (BEPS) pada permulaan,” katanya lapor Bernama.

Ketelusan tersebut akan menyediakan pentadbir cukai dengan maklumat yang berharga apabila menjalankan penilaian risiko, berpotensi menggunakan analisis data, untuk menilai sama ada pembayar cukai korporat berpotensi terlibat dalam aktiviti BEPS untuk mengalihkan keuntungan.

“Inisiatif ini merupakan kaedah yang membolehkan kerajaan melihat operasi multinasional dan menjalankan penilaian risiko dengan lebih berkesan untuk melindungi bahagian cukai mereka,” kata Chang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");