Jenayah

Bergaduh Kerana Kemalangan

SERDANG: Polis menahan enam lelaki kerana terbabit dalam pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini, semalam

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, berkata pergaduhan bermula selepas PROTON Satria Neo dan Toyota Vios terbabit dalam kemalangan di LDP, berhadapan pusat beli belah IOI Mall pada jam 1.15 tengah semalam, menurut laporan BH Online.

Ketika anggota peronda kenderaan pelbagai guna (MPV) tiba di lokasi, pemandu kedua-dua kereta itu bersama rakan mereka sedang bergaduh.

Berikutan itu, anggota polis mengarahkan mereka bersurai tetapi tidak diendahkan.

“Pemandu PROTON Satria Neo kemudian masuk ke dalam keretanya dan mengundurkan kereta sehingga melanggar Toyota Vios. Impak pelanggaran itu menyebabkan Toyota Vios terlanggar MPV polis.

“Anggota polis peronda kemudian menahan kedua-dua pemandu dan empat yang lain kerana terbabit dengan kesalahan gaduh gempar,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Semua suspek yang berusia 40-an ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");