Sukan Hari Ini

Berjuanglah Demi Maruah Kelantan – Bibi

PETALING JAYA: Pemain The Red Warriors (TRW) perlu berjuang habis-habisan demi menjaga maruah Kelantan menjelang aksi terakhir Liga Super menentang Melaka United, malam Sabtu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, aksi malam Sabtu ini penting untuk Kelantan kerana ia akan menentukan hala tuju pasukan itu musim depan.

“Bola sepak kadang-kadang kejam kadang-kadang manis, kejayaan manis dan kegagalan pahit harus dilalui, yang baik dan teguh pasti berjaya, yang tamak pasti rugi.

“Jatuh sekali bukan bererti jatuh selamanya, bangkit terus bangkit, berjuanglah demi lencana di dada demi maruah negeri tercinta, tanah tumpah darah kita Kelantan. Berusaha ikhtiar tawakal, InsyaAllah,” katanya.

Walau apa jua keputusan yang dilakar Kelantan malam Sabtu, kata Bibi, ia bukan suatu pengakhiran.

Sebaliknya, beliau menyifatkan ia sebagai satu titik permulaan untuk merangka musim yang cemerlang bagi pasukan tahun depan.

“Segalanya bakal ditentukan malam esok, tapi walau apa jua berlaku ini bukan pengakhirannya.

“Ini baru titik permulaan semoga musim 2017 dilabuh dgn baik dan marilah bersama-sama saya untuk musim 2018 yang cemerlang… InsyaAllah,” katanya.

Kelantan akan berkunjung ke Stadium Hang Jebat dengan tugas berat digalas pemangku jurulatih TRW, Sathit Bensoh.

Pada masa sama, Bibi meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Sathit untuk merangka percaturan terbaik buat Kelantan.

“Dia lebih kenal pemain Kelantan dan saya yakin dengan keupayaannya,” kata Bibi.

Kelantan kini menduduki tangga kedua tercorot dengan 19 mata.

Justeru hanya kemenangan mampu menghidupkan peluang mereka untuk kekal beraksi dalam Liga Super dengan mengharapkan Sarawak dan T-Team seri atau tewas dalam pertembungan membabitkan kedua-dua pasukan itu.

Sarawak pula memiliki kelebihan satu mata di atas Kelantan, manakala T-Team mengumpul 22 mata.

Seandainya T-Team kecundang di Kuching, maka Kelantan akan berkongsi 22 mata jika menewaskan Melaka United.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");