Perak Hari Ini, Isu Panas

Buatlah Laporan Polis: BN Perak Tidak Gentar

IPOH: Kepimpinan Barisan Nasional Perak sedikit pun tidak gentar dengan permainan politik kotor Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata Ketua Pembangkang Negeri Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan membangkit isu pengundi hantu.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad menyatakan bahawa BN Perak menyahut cabaran pembangkang untuk membuat laporan polis terhadap dakwaan ini.

“Kita bukan buat salah dan kita bukan pengecut jadi BN Perak sahut cabaran Kor Ming dan Nizar untuk laporkan pada pihak polis jika benar seperti yang didakwa.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, pembangkang telah tidak memahami istilah pengundi hantu.

Menurutnya, pengundi hantu ini ditakrifkan sebagai nama pengundi yang wujud namun, tidak pada individu tersebut.

Pada waktu membuang undi, akan ada pihak yang menggunakan nama tersebut untuk mengundi.

Saarani berkata, pembangkang pula menafsirkan pengundi hantu sebagai nama yang mendaftar pada satu-satu kawasan mengundi namun, tidak tinggal di situ di mana tafsiran itu salah sama sekali.

“Perkara ini, tiba-tiba timbul apabila mereka sudah tersalah strategi di mana menerusi kajian kita, kita mendapati terdapat sejumlah pengundi-pengundi Cina dari Perak dibawa secara tersusun ke Johor.

“Mereka berpendapat, untuk menakluk Putrajaya mereka harus menakluk Johor dahulu,”katanya.

Ujarnya lagi ia melibatkan kawasan Parlimen Teberau (607 pengundi), Parlimen Pulai (443 pengundi), Parlimen Gelang Patah (311 pengundi), Parlimen Pasir Gudang (189 pengundi) dan Parlimen Kulai (89 pengundi).

Katanya, pembangkang berasa terkejut apabila mendapati jumlah pengundi Melayu meningkat berbanding PRU-13 di mana daripada 48% meningkat ke 50.43%

“Ini merupakan hasil kempen kita supaya orang-orang Melayu dan penyokong-penyokong UMNO BN untuk mendaftar sebagai pengundi baharu di Perak.

“Manakala pengundi Cina berkurang, sebab mereka sudah bawa ke Johor,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan berkata, tindakan tuduhan melulu ini menunjukkan sikap politik yang tidak matang.

“Dia sudah jangka akan kalah, sekarang dia sedang cari alasan atas kekalahan dia itu.

“Ibarat tak tahu main bola, dia salahkan pengadil.

“Dan sebelum ini, dia kata ada 63, 323 nama pengundi hantu, kemudian dia kata 165,000 pulak dan saya percaya angkanya akan meningkat ke 200,00 pula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Bangunan UMNO Perak, di sini, pada Jumaat.

Terdahulu pemimpin pembangkang telah membuat kenyataan dengan mendakwa terdapat sejumlah besar pengundi hantu di Perak dan menuduh BN sebagai ‘dalang’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");