Perak Hari Ini

Bumbung Plaza Tol Ipoh Rosak Akibat Ribut

IPOH: Sebahagian siling bumbung dan beberapa palang di Plaza Tol Ipoh Selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mengalami kerosakan akibat dari kejadian ribut yang berlaku petang tadi.

Kejadian itu turut menyebabkan sisa yang runtuh bertaburan di atas lebuh raya akibat angin kuat di lokasi berkenaan.

Memetik sumber dari jurucakap PLUS Malaysia Berhad, kejadian berlaku ketika hujan lebat disertai dengan angin kencang pada jam 5.50 petang menerusi laporan sebuah portal media tempatan.

Berikutan kejadian itu telah bahagian siling di plaza tol berkenaan runtuh dan beberapa palang tol turut mengalami kerosakan.

Gambar kerosakan bumbung tol tersebut tular di media sosial sebentar tadi.

Difahamkan hanya empat lorong yang terlibat dan ditutup buat sementara waktu, bagaimanapun kejadian itu tidak membabitkan sebarang mangsa dan

Setakat jam 7 malam tadi dua daripada empat lorong berkenaan dibuka semula dan kerja-kerja pembersihan masih dijalankan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");