Jenayah

Bunuh Anak Rakan Kerana Gaduh Di Tempat Kerja

TUARAN: Seorang remaja lelaki maut, manakala adik perempuan cedera parah ditetak dengan parang oleh rakan sekerja bapa mereka dalam kejadian di Kampung Lubok, Kiulu, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.20 petang di rumah keluarga terbabit, mangsa berusia 15 tahun mati di tempat kejadian, akibat cedera parah selepas terkena tetakan suspek di bahagian leher, lapor BH Online.

Adik perempuan mangsa yang berusia tiga tahun turut parah ditetak suspek dan kini dalam rawatan di Hospital Tuaran.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata suspek berusia 66 tahun sudah ditahan di tepi jalan kampung berkenaan, kira-kira jam 4 petang semalam.

“Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di tempat kerja di antara bapa dua beradik itu dengan suspek.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian itu dan lelaki itu berdepan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi di sini, malam semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");