SELAMA:Seorang lelaki ditemui mati di tempat duduk pemandu dekat rumahnya berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Sin, di sini pagi semalam.
Ketua Polis Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata Teoh Ewe Choon, 51, dipercayai mati akibat lemas terhidu asap ekzos kenderaannya, pada 3.25 pagi semalam.
Katanya, mangsa sudah maut sebaik anggota polis peronda tiba di lokasi kejadian.
“Pada jam 3.25 pagi, didapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan keadaan kereta berkunci dan enjin dihidupkan serta semua pintu dan tingkap tertutup rapat dan satu hos getap daripada eksoz masuk ikut pintu belakang kanan kereta.
“Kejadian disedari oleh isteri mangsa dapati mangsa tidak pulang ke rumah dan lihat diluar rumah kereta suaminya (mangsa) dalam keadaan hidup dan mangsa berada di dalam kereta tidak sedarkan diri dan hubungi DCC Selama untuk bantuan.
“Menurut isteri mangsa, sebelum ini telah dua kali cuba bunuh diri akibat tekanan hidup kerana tidak bekerja,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan ditemui di bahagian badan mangsa.
Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Selama untuk tindakan lanjut.