Perak Hari Ini

Cadangan Wujudkan Litar Rakyat Untuk Sukan Pemotoran Di Perak

IPOH: Pasukan Pelumba Maju Mega Bike (MMB) berharap Kerajaan Negeri Perak dapat mewujudkan sebuah litar rakyat yang khusus bagi sukan permotoran di sekitar bandar raya ini.

Pengurusnya, Amirul Johari Azman, 27 berkata, cadangan mewujudkan litar tersebut mengambil contoh Litar Rakyat Kuala Selangor yang pembinaanya melibatkan kos yang minima kerana ia dibina di kawasan yang sedia ada.

 

“Kami dijemput Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya untuk berkongsi pandangan dalam satu sesi forum di Festival Of Ideas baru-baru ini dan ketika itu, saya menyuarakan cadangan tersebut kepada beliau.

“Saya katakan kepada beliau, berdasarkan laporan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Selangor, sejak Litar Rakyat itu dibuka, jenayah lumba haram berjaya dikurangkan sehingga 50%.

“Cadangan ini juga bukan berdasarkan keuntungan semata-mata kerana sebagai contoh, untuk sebuah motor, kita mungkin hanya kenakan bayaran RM10 ke RM15 sahaja ataupun jumlah yang mampu dibayar berbanding dengan litar-litar persendirian yang mungkin agak mahal,” katanya yang ditemui di bengkelnya di sini, pada Selasa.

Tambah Amirul, Sharul juga telah memberi respon yang baik terhadap cadangan tersebut dan sedang dalam usaha untuk mengetengahkannya.

Selain itu, katanya, untuk pasukanya berlatik bagi sebarang pertandingan perlumbaan, mereka hanya mengharapkan Litar Datuk Sagor Kampung Gajah.

 

“Seperti sesetangah keadaan seperti dahulu, litar tersebut pernah ditutup untuk sementara waktu, kami terpaksa berlatih di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ataupun ke Subang Jaya dan kebiasaanya kosnya melibatkan lebih kurang RM1,000 kerana melibatkan perjalanan yang jauh,” kata Amirul yang juga pasukannya kini sedang bertanding dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Jelasnya, MMB bukan sahaja pasukan tunggal yang berasal dari Perak malah, pelumba mereka, Muhd Haziq Zaulkafli, berjaya menjadi Juara Keseluruhan PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup 2017 dan seterusnya mengesahkan kejuaraan awal dalam kejuaraan ini.

 

Amirul berkata, Haziq, 23, dilihat mempunyai potensi besar untuk pergi lebih jauh apabila menjadi juara dalam pusingan pertama di Temerloh beberapa minggu lalu.

“Walaupun Haziq mendapat tempat ketiga dalam pusingan ke lapan pada kelmarin yang diadakan di Jempol, Negeri Sembilan, namun, mata yang diperolehnya (127) cukup untuk melayakkan dia ke tangga teratas,” ujarnya.

 

Tambahnya lagi, dengan kejuaraan yang diperoleh Haziq, sedikit sebanyak dapat membuka mata semua pihak di mana masih terdapat anak-anak jati Perak yang berpotensi besar dalam sukan pemotoran ini.

Selain Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, MMB juga mendapat tajaan daripada Tourism Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");