Jenayah

Cedera Bekas Isteri, Pekerja Bengkel Didenda

MELAKA – Tindakan seorang pekerja bengkel mencederakan bekas isterinya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini.

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Sahbri Mustaffa, 47, selepas dia mengaku bersalah mencederakan Majila Yusop, 48, di sebuah rumah di Taman Kesidang, Seksyen 2, Kampung Lapan, di sini pada 10 malam, 30 Ogos lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Sahbri dipenjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh pergi ke rumah bekas isterinya untuk mengajak mangsa membeli barang dapur dan bertemu anak-anaknya.

Selepas pulang ke rumah, mangsa menegur bekas suaminya yang membeli daun ketupat sedangkan dia tidak pandai menganyam lalu meminta lelaki itu membawa pulang daun tersebut ke rumahnya.

Berang dengan teguran itu, tertuduh bertindak memukul wanita itu sehingga menyebabkan kecederaan termasuk di bahagian bibir, betis, peha kiri dan belakang bahu sebelah kiri mangsa lebam.

Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dan memberi pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan sama selain mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa.

Namun, peguam Faiezad Razali yang mewakili tertuduh, memohon denda yang ringan memandangkan anak guamnya menanggung tiga orang anak dengan bekas isterinya itu dan seorang anak lagi dengan isteri baharunya.- Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");