Membawang Hari Ini

Dakota Johnson Main Cinta Dengan Dua Lelaki

PELAKON filem Fifty Shades of Grey, Dakota Johnson dikhabarkan sedang bercinta dengan dua jejaka popular dalam masa yang sama.

Menurut laporan Hollywood Life, aktres jelita itu dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin.

Dakota dan Chris dilihat menikmati makan malam romantik di sebuah restoran di Los Angeles pada 10 Oktober lalu.

Spekulasi percintaannya dengan seorang lagi jejaka timbul apabila Dakota turut dilihat berhibur dengan pelakon Mad Men iaitu John Hamm di Hotel Central Park, pada 5 Oktober lalu.

Berita ini menimbulkan spekulasi bahawa Dakota sedang bercinta dengan dua jejaka dalam satu masa.

Dakota sebelum ini dilaporkan berpisah dengan kekasihnya, Matthew Hill tahun lalu kerana percanggahan jadual kerjaya sehingga tidak mampu memberi tumpuan hubungan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");