Isu Panas

DAP Buat Lawak – PAS

KOTA BHARU: Hasrat DAP yang mahu bertanding di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), dianggap sebagai hiburan kerana majoriti masyarakat Cina negeri itu tetap menyokong PAS.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Datuk Anuar Tan Abdullah, berkata hasrat DAP itu hanya mahu memeriahkan suasana pilihan raya kerana parti itu sedar mereka sukar untuk menang.

Anuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan berkata, sokongan masyarakat Cina di Kelantan berbeza berbanding di negeri lain yang lebih cenderung kepada DAP.

“Saya yakin pengundi di DUN Kota Lama tetap menyokong PAS kerana lihat sahaja pada setiap program anjuran kami, masyarakat Cina ramai yang datang memberi sokongan,” katanya ketika ditemui di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, DAP mahu bertanding di Kelantan selain berhasrat mahu merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama.

Mengulas lanjut mengenainya, Anuar yang sudah menjadi wakil rakyat sejak 1999 di DUN berkenaan berkata, PAS tidak bimbang terutamanya dengan parti serpihan yang berhasrat meletakkan calon mereka di Kelantan.

“Kita tidak kisah mana-mana parti nak letak calon mereka. Itu memberi kelebihan lagi kerana rakyat membuat pilihan sekaligus memeriahkan PRU-14 akan datang,” katany

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");