Membawang Hari Ini

Datuk Jalaluddin Hassan Bakal Naik Pelamin

SELEPAS setahun kehilangan isteri tercinta, Datuk Jalaluddin Hassan kini sudah bersedia untuk menggantikan tempat Allahyarhamah Datin Hasimah Mat Ehsan.

Difahamkan, wanita berusia 44 tahun yang telah berjaya memikat hati Jalaluddin itu merupakan kenalannya menerusi akaun Facebook.

Menurut Jalaluddin, 63, wanita tersebut merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak yang berasal dari Serkam, Melaka dan dikenali sebagai ‘YR’. Amboi, sweetnya!

Perkenalan itu bermula dengan ucapan ‘Selamat Berpuasa’, kemudian mereka bertemu pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri rakan baik pelakon tersebut.

Life must go on! Apabila hilang arwah isteri saya rasa hidup saya tiada erti dan pintu hati pun sudah tertutup. Ya, saya sedang mengenali seseorang dan berhasrat untuk memperisterikannya.

“Tarikh masih belum diputuskan lagi, mungkin tahun ini mungkin tahun depan,”katanya yang dipetik daripada Astro Gempak.

Dengarnya inilah wajah bakal isteri baru Datuk Jalaluddin Hassan. Manis orangnya. Patutlah terpikat!

Tambah Jalaluddin lagi, bapanya, Tan Sri Hassan Azahari sering menasihatinya agar segera berkahwin kerasa kasihankan anak lelakinya itu.

“Ayah saya betul-betul mahukan saya berkahwin secepat mungkin tetapi saya masih belum bersedia.

“Anak-anak juga tidak menghalang untuk saya berkahwin semula kerana sedar saya perlukan seorang isteri pada masa ini terutama untuk menjaga kebajikan saya,” katanya lagi.

Namun, menurut pelakon hebat ini, dia memerlukan sedikit ruang untuk membuat keputusan memandangkan keadaan kesihatannya yang sedikit terjejas sehingga perlu bermalam di hospital minggu lalu.

Sebelum ini, pelakon itu pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur apabila pengsan pada 2 Oktober yang lalu selepas menjadi tetamu bagi program bual bicara pagi TV AlHijrahAssalamualaikum.

Pada 5 November tahun lalu, Jalaluddin telah kehilangan isteri tercinta kerana mengalami pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan paru-paru berair.

Mungkin sudah sampai masanya untuk pelakon yang sering membawa watak sebagai usahawan ini menamatkan zaman dudanya. Nanti ada lah orang boleh jaga makan minum kan! – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");