Berita Hari Ini

Dewan Rakyat lulus pindaan RUU Maritim

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan) 2017 yang antara lainnya membolehkan penubuhan pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata penubuhan sukarelawan maritim itu penting kerana ia mampu bertindak pantas sekiranya berlaku sesuatu musibah.

“Jika sesuatu terjadi di lautan, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mungkin mengambil sedikit masa untuk menggerakkan aset daripada pangkalan.
“Jadi, jika ada sukarelawan misalnya dari kalangan nelayan, mereka akan sampai ke tempat kejadian dahulu,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU itu.

Terdahulu, semasa membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua, Shahidan berkata ia turut memperuntuk kewujudan lokap tahanan danmemberi kuasa kepada Maritim untuk menguruskannya.

Shahidan berkata kewujudan lokap APMM penting berikutan tugas agensi itu yang melibatkan prosedur siasatan terhadap orang kena tangkap (OKT).

“Ketiadaan lokap semasa proses siasatan memaksa tahanan Maritim disimpan di lokap agensi lain yang terhad sementara menunggu proses siasatan selesa. Penubuhan lokap Maritim diharap dapat mengatasi masalah ini,” katanya, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata melakukan lebih 5,000 tangkapan setiap tahun di seluruh zon perairan negara.

Sementara itu, Dewan Rakyat turut meluluskan RUU Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) (Pindaan) 2017 bagi menambah baik Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 (Akta 617) yang belum pernah dipinda sejak dikuatkuasakan pada 2003.

Pindaan itu antara lainnya bertujuan mewujudkan peruntukan baharu yang jelas bagi membenarkan MyIPO menubuhkan syarikat sekali gus membolehkan ia memperkasa dan mempelbagai sumber pendapatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");