Sukan Hari Ini

Diintai JDT, Syamer Akui Masih Belajar

MASIH banyak yang perlu ditingkatkan dan kelemahan diperbaiki walaupun dirinya jadi perhatian pemilik Kelab Liga Super JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Itu kata perancang muda Pulau Pinang, Syamer Kutty Abba yang akui bangga apabila disebut salah seorang dari lima pemain muda yang jadi perhatian Harimau Selatan bagi musim 2018.

Menurutnya, beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut perkara itu kerana masih mempunyai kontrak bersama Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) sehingga hujung November ini.

“Saya gembira kerana jadi perhatian mungkin disebabkan oleh prestasi semasa saya bersama pasukan kebangsaan dan negeri namun akui masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.

“Saya masih lagi mempunyai satu lagi perlawanan Liga Super bersama Pulau Pinang pada hujung bulan ini dan akan turun seperti biasa menjalani latihan pada Isnin selepas diberi cuti rehat,” katanya lapor Sinar Harian.

Pemain berusia 20 tahun yang beraksi di posisi tengah ini berkata, beliau masih lagi berusaha untuk mengembangkan lagi bakat dan prestasinya untuk muncul antara pemain negara yang disegani pada suatu hari nanti.

Jelasnya, biarpun rasa dihargai apabila dikaitkan dengan JDT namun beliau masih perlu fokus bersama Harimau Kumbang buat masa sekarang.

“Fokus saya masih lagi untuk memberikan aksi terbaik pada perlawanan Liga Super menentang Selangor dan selepas tamat saingan barulah saya boleh memikirkan ke mana hala tuju saya pada musim hadapan,” katanya.

Pulau Pinang bakal menerima kunjungan Selangor pada 28 Oktober ini di Stadium Batu Kawan pada perlawanan akhir Liga Super 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");