Isu Panas

Diminta Bersedia Undi Pas

KUANTAN – Masyarakat India diminta bersedia untuk menyokong dan mengundi Pas pada PRU14 bagi membolehkan parti tersebut memerintah negeri ini.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Paya Besar, M Krisnan berkata, sekiranya Pas berjaya mendapat mandat tersebut, kebajikan semua kaum termasuk India akan terpelihara dan dijaga dengan sebaiknya.

“Saya yakin jika kita semua kaum India undi Pas, kebajikan akan terjaga bukan saja kaum India tetapi semua kaum yang terdapat dalam negara ini.

“Jadi kita kena pastikan parti yang kita sokong itu telus dan boleh menjaga kebajikan dan memberi kesejahteraan hidup kepada rakyat secara menyeluruh,” katanya ketika berucap pada Program Menyantuni Masyarakat India di Kampung Panching di sini, semalam lapor Sinar Harian.

Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar, Mohd Tarmizi Yahaya merasmikan program tersebut dan turut menyampaikan sumbangan berupa hamper kepada 25 penerima terdiri dari kaum itu.

Menyentuh mengenai program tersebut, Krisnan berkata, sumbangan tersebut diberikan kepada keluarga yang kurang berkemampuan dan diharapkan dapat menggembirakan hati mereka bersempena sambutan Deepavali.

Jelasnya, walaupun sumbangan yang dihulurkan itu tidak seberapa, namun apa yang paling penting dapat membantu menghilangkan rasa kegusaran penerima.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");