Jenayah

Dua Anggota TLDM Maut Disyaki Didera

IPOH – Polis menjalankan siasatan terhadap kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata, hasil bedah siasat dapati punca kematian adalah pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.

“Daripada bedah siasat dilakukan ke atas kedua-dua mayat, dipercayai ada berlakunya kes penderaan yang mendatangkan kecederaan.

“Polis telah merakam lapan percakapan tahanan di lokasi kejadian dan 11 pengawal bilik tahanan yang bertugas,” katanya dalam kenyataan malam tadi lapor Sinar Harian.

Menurutnya, tiga anggota lelaki berusia 29, 37 dan 44 tahun, ditahan kira-kira jam 9.30 malam tadi dan akan direman untuk siasatan lanjut.

Kelmarin, Laskar Kelas 1 Nik Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd Sukry, 26, disahkan meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal di Lumut.

Kedua-dua anggota tersebut sebelum itu mengadu kepenatan sebelum direhatkan dan dimasukkan ke dalam bilik tahanan di Sungai Wangi, Sitiawan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");