Perak Hari Ini

Dua Ketua Bahagian PPBM Perak Lepas Jawatan

IPOH:Berikutan kekecewaan dan ketidakpercayaan terhadap sistem pentabiran Parti Pribumi Bersatu Malaysian (PPBM) peringkat Negeri dua ketua bahagian dari Kuala Kangsar dan Parit meletakkan jawatan dalam parti itu hari ini.

Dua ketua Bahagian tersebut iaitu Ketua Penaja PPMB Kuala Kangsar, Dul Hayati Baheran dan Ketua Bahagian juga Ketua Penaja PPBM Parlimen Parit Rosli Ali.

Menurut Dul Hayati, di Kuala Kangsar sendiri dakwanya terlalu banyak campur tangan urusan di peringkat bahagian oleh wakil pengerusi negeri yang mengakibatkan perbalahan serta pecah belah membawa kepada kerosakan parti.

“Saya seolah-olah tidak dipercayai dan tidak diiktiraf sebagai ketua bahagian Kuala Kangsar sehingga wujud dua ‘team’ kepimpinan bahagian.

“Saya amat kecewa pilihan raya hampir tiba, tetapi saya tidak nampak gerak kerja yang boleh menjamin kemenangan melainkan perbalahan di peringkat bahagian langsung tidak mendapat perhatian dari pemimpin negeri mahupun pusat,” katanya yang hanya masih mahu kekal sebagai ahli PPBM tanpa mengalas sebarang jawatan tertinggi.

“Senario politik kini PPBM di Johor ada Muhyiddin, di Kedah ada Mukhriz tetapi di Perak ada satu orang pemimpin yang tidak cukup kuat untuk melengkapkan kemenangan dalam pilihan raya umum kelak.

“Perak diterjemahkan kawasan yang kritikal adi kita perlu kepimpinan yang kukuh, kita mahu memang pertandingan jadi kami merasakan apa yang ada pada hari ini tidak menjamin kemenangan Pakatan Harapan di Perak.

“Saya masih percaya pada parti ini dan tidak akan kembali pada parti UMNO,” katanya yang masih mahu kekal sebagai ahli PPBM.

Beliau turut menyifatkan tangan ghaib, itu sebagai satu usaha menganggu kepimpinan sedia ada dan cuba mengubah supaya sesuai dengan kehendak mereka sendiri yang pastinya tidak sesuai untuk parti yang berpaksikan pada kesetiaan dan kepercayaan.

Berbeza bagi Rosli, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai ahli PPBM kerana merasakan parti itu seperti hilang punca dan arah tujuan.

“Setahun berlalu kami bersama PPBM dari peringkat awal penubuhan dibawah pimpinan yang diterajui Datuk Hamidah Osman selaku penyelaras PPBM Perak nampak menyakinkan namun kini ia seperti hilang arah.

“Tidak wujud semangat berpasukan dan kami menjadi terumbang ambing dan terbiar begitu sahaja malah kami sendiri tidak tahu apa yang berlaku dan apa yang harus kami lakukan sebagai Ketua Bahagian,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Jelasnya lagi, objektif PPBM mula lari dari landasan sebenar malah kini menjadi ‘sarang naga’ yang menyaksikan golongan yang ada cuba merebut jawatan dan pada masa yang sama mengamalkan dasar cantas serta menekan.

Katanya lagi,berikutan hilang kepercayaan dan beberapa masalah peribadi yang dialami mendorongnya meletakkan jawatan dan keahlian dalam PPBM Perak yang turut diikuti 200 ahli bahagian Parlimen Parit.

“Selepas sidang akhbar ini kami akan menyerahkan surat rasmi mengenai pelepasan jawatan dalam parti PPBM.

“Seolah-olah ada seseorang yang telah bersedia mengantikan tempat kami bagaimanapun kami tidak pasti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");